Adakah anda kehilangan
detik yang penting?

Bolehkah anda menghadapi risiko pundi kencing yang terlalu aktif?
Bolehkah anda menghadapi risiko pundi kencing terlalu aktif?

APAKAH ITU PENYAKIT PUNDI KENCING TERLALU AKTIF?

APAKAH ITU PENYAKIT PUNDI KENCING TERLALU AKTIF?

Penyakit pundi kencing terlalu aktif adalah keadaan yang sangat biasa
iaitu apabila pesakit merasakan keperluan mendadak dan mendesakkan untuk
membuang air kecil. Situasi ini sukar untuk ditangguh dan biasanya ditambah
dengan kekerapan membuang air kecil pada bila-bila masa tidak kira pada
waktu siang atau malam.

Penyakit pundi kencing yang terlalu aktif adalah keadaan yang sangat biasa
iaitu apabila pesakit merasakan keperluan mendadak dan mendesakkan untuk
membuang air kecil. Situasi ini sukar untuk ditangguh dan biasanya ditambah
dengan kekerapan membuang air kecil pada bila-bila masa tidak kira pada
waktu siang atau malam.

Empat gejala utama yang dikaitkan dengan penyakit pundi kencing terlalu aktif adalah:

APAKAH ITU PENYAKIT PUNDI KENCING TERLALU AKTIF?

APAKAH ITU PENYAKIT PUNDI KENCING TERLALU AKTIF?

Penyakit pundi kencing yang terlalu aktif adalah keadaan yang sangat biasa iaitu apabila pesakit merasakan keperluan mendadak dan mendesakkan untuk membuang air kecil. Situasi ini sukar untuk ditangguh dan biasanya ditambah dengan kekerapan membuang air kecil pada bila-bila masa tidak kira pada waktu siang atau malam.

Penyakit pundi kencing yang terlalu aktif adalah keadaan yang sangat biasa iaitu apabila pesakit merasakan keperluan mendadak dan mendesakkan untuk membuang air kecil. Situasi ini sukar untuk ditangguh dan biasanya ditambah dengan kekerapan membuang air kecil pada bila-bila masa tidak kira pada waktu siang atau malam.

Empat gejala utama yang dikaitkan dengan penyakit pundi kencing terlalu aktif adalah:

Homepage (BM) Hold On To More 1

TERDESAK

TERDESAK

Apabila tedapat keperluan mendesak untuk membuang air kecil walaupun pundi kencing tidak penuh.
Homepage (BM) Hold On To More 3

KEKERAPAN

KEKERAPAN

Apabila individu perlu kerap membuang air kecil pada siang hari.
Homepage (BM) Hold On To More 5

NOKTURIA

NOKTURIA

Apabila individu terpaksa bangun dari tidur pada waktu malam hanya untuk membuang air kecil.
Homepage (BM) Hold On To More 7

INKONTINEN
URINARI

INKONTINEN
URINARI

Apabila terdapat kebocoran air kencing yang tidak disengajakan. Ini bermakna seseorang itu terbuang air kecil walaupun mereka tidak mahu.

FAKTOR-FAKTOR RISIKO

Penyakit pundi kencing terlalu aktif menjejaskan kualiti hidup kira-kira 17% orang dewasa di seluruh dunia. Kelaziman penyakit pundi kencing terlalu aktif meningkat seiring usia dalam kalangan lelaki dan wanita, dengan satu pertiga daripada pesakit ini mengalami inkontinen urinari. Bagi wanita, sebanyak 45% akan mengalami inkontinen urinari sepanjang hayat mereka.

Selain itu, obesiti berkemungkinan merupakan satu lagi faktor risiko penyakit pundi kencing terlalu aktif kerana berat badan yang berlebihan memberi tekanan tambahan pada pundi kencing. Tambahan pula, obesiti boleh menjejaskan aliran darah dan aktiviti saraf dalam pundi kencing.

IMPLIKASI PENYAKIT PUNDI KENCING TERLALU AKTIF

IMPLIKASI PENYAKIT PUNDI KENCING TERLALU AKTIF

Kebanyakan penghidap penyakit pundi kencing terlalu aktif berasa malu dengan keadaan mereka dan kesannya, mereka tidak gemar bercakap mengenainya. Walau bagaimanapun, hal ini boleh memberi kesan negatif kepada kehidupan mereka jika keadaan ini tidak diuruskan dengan betul. Pesakit pundi kencing terlalu aktif berisiko mengalami kemurungan, gangguan tidur dan juga keresahan yang lebih tinggi.vi.

Homepage (BM) Hold On To More 9

COVID-19 & PUNDI KENCING YANG TERLALU AKTIF

COVID-19 & PUNDI KENCING YANG TERLALU AKTIF

Semasa pandemic Covid-19, ramai yang berasa bimbang untuk keluar dari rumah dan menemui pakar kesihatan. Walau bagaimanapun, individu tersebut boleh mengaturkan rundingan maya dengan pakar urologi atau uroginekologi mereka. Ini boleh membantu mengenal pasti jenis inkontinen yang dihadapi pesakit dan mengecualikan keadaan lain seperti jangkitan atau barah pundi kencing. Pakar juga akan dapat memastikan samada ianya selamat untuk memberikan rawatan dari jauhviii.

IMPLIKASI PENYAKIT PUNDI KENCING TERLALU AKTIF

Pesakit pundi kencing terlalu aktif cenderung untuk mencipta strategi mengurus atau menyembunyikan masalah mereka. Ini termasuklah mengasingkan diri daripada aktiviti sosial, mengenalpasti lokasi tandas terdekat apabila mereka keluar ke tempat awam, atau mengurangkan pengambilan cecair. Walaupun mereka mungkin mendapati strategi ini merupakan cara yang berkesan untuk menguruskan keadaan mereka, dalam jangka masa panjang ia akan mengakibatkan kesan buruk terhadap kualiti hidup pesakitvi.

Tambahan pula, terdapat peningkatan laporan kes patah tulang pinggul dalam kalangan pesakit warga emas akibat nokturia. Keadaan ini berlaku apabila pesakit tersandung atau hilang keseimbangan semasa bangun dari katil untuk menggunakan tandas, sekaligus menjejaskan kesejahteraan dan mobiliti fizikal mereka vi.

Kadar kekerapan dan kebiasaan penyakit pundi kencing terlalu aktif agak tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia; kajian telah menunjukkan bahawa 64% penduduk bandar mengalami situasi ini. Dalam kalangan golongan profesional yang bekerja 43% mengalami penyakit pundi kencing terlalu aktif dan 26% daripada pesakit adalah golongan berpendapatan tinggi.

Walau bagaimanapun, ramai pesakit seolah-olah mengaitkan penyakit pundi kencing terlalu aktif sebagai sebahagian daripada proses penuaan biasa dan menerima keadaan mereka seadanya tanpa mendapatkan rawatan daripada ahli profesional. Ramai tidak menyedari bahawa penyakit pundi kencing terlalu aktif adalah keadaan yang boleh dirawat dan mereka perlu mendapatkan nasihat daripada doktor mereka untuk amalan pengurusan terbaik. Ini akan meningkatkan peluang mereka untuk mengurangkan implikasi dan gejala penyakit pundi kencing terlalu aktif dalam kehidupan seharian.

Rujukan

i. Overactive Bladder (OAB) News from Medical News Today. Medicalnewstoday.com. (2021). Retrieved 19 March 2021, from https://www.medicalnewstoday.com/categories/oab.
ii. Nocturia: Causes, Treatments, and Prevention. Healthline. (2021). Retrieved 19 March 2021, from https://www.healthline.com/health/urination-excessive-at-night.
iii. Urinary incontinence: Treatment, causes, types, and symptoms. Medicalnewstoday.com. (2021). Retrieved 19 March 2021, from https://www.medicalnewstoday.com/articles/165408.
iv. Association of Reproductive Health Professionals, Diagnosis and Management of Overactive Bladder, http://www.arhp.org/uploadDocs/OABQRG.pdf, last accessed 30 Sept 2015
v. Overactive Bladder Causes: Risk Factors, Triggers, and More. Healthline. (2021). Retrieved 19 March 2021, from https://www.healthline.com/health/overactive-bladder-causes#risk-factors.
vi. How does overactive bladder (OAB) affect quality of life?. Medscape.com. (2021). Retrieved 19 March 2021, from
https://www.medscape.com/answers/459340-94287/how-does-overactive-bladder-oab-affect-quality-of-life.
vii. C.C.K. Ho et. al, Prevalence and risk factors associated with overactive bladder, UroToday Int J. 2012 Feb;5(1):art 88. http://dx.doi.org/10.3834/uij.1944-5784.2012.02.06
viii. Urinary incontinence & the coronavirus pandemic | Top Doctors. Top Doctors. (2021). Retrieved 19 March 2021, from
https://www.topdoctors.co.uk/medical-articles/urinary-incontinence-during-the-covid-19-pandemic#.

i. Overactive Bladder (OAB) News from Medical News Today. Medicalnewstoday.com. (2021). Retrieved 19 March 2021, from https://www.medicalnewstoday.com/
categories/oab.
ii. Nocturia: Causes, Treatments, and Prevention. Healthline. (2021). Retrieved 19 March 2021, from https://www.healthline.com/health/
urination-excessive-at-night.
iii. Urinary incontinence: Treatment, causes, types, and symptoms. Medicalnewstoday.com. (2021). Retrieved 19 March 2021, from https://www.medicalnewstoday.com/
articles/165408.
iv. Association of Reproductive Health Professionals, Diagnosis and Management of Overactive Bladder, http://www.arhp.org/uploadDocs/
OABQRG.pdf, last accessed 30 Sept 2015
v. Overactive Bladder Causes: Risk Factors, Triggers, and More. Healthline. (2021). Retrieved 19 March 2021, from https://www.healthline.com/
health/overactive-bladder-causes#risk-factors.
vi. How does overactive bladder (OAB) affect quality of life?. Medscape.com. (2021). Retrieved 19 March 2021, from
https://www.medscape.com/answers/
459340-94287/how-does-overactive-bladder-oab-affect-quality-of-life.
vii. C.C.K. Ho et. al, Prevalence and risk factors associated with overactive bladder, UroToday Int J. 2012 Feb;5(1):art 88. http://dx.doi.org/10.3834/uij.1944-5784.2012.02.06
viii. Urinary incontinence & the coronavirus pandemic | Top Doctors.
Top Doctors. (2021). Retrieved 19 March 2021, from
https://www.topdoctors.co.uk/medical-articles/urinary-incontinence-during-the-covid-19-pandemic#.